Tuesday, June 5, 2012

Pengalaman bersalin secara pembedahan elektif czer

Apa yg dimaksudkan dengan pembedahan elektif?
Ia adalah pembedahan yg dirancang..

Sehari sebelum bedah..dah kena check in wad.
hospital pilihan HBKL
HOSPITAL BERSALIN KUALA LUMPUR

sebab mengapa pilih hbkl?
dekat dgn umah mak..15min je.

29/4 boleh mkn sampai jam 12 tgh malam sahaja.
pastu kena puasa...
kalo ikutkan operation jam 11 pagi pd 30/4
tapi lambat..coz ada kes czer yg bleeding.
dah petang baru masuk dewan bedah. perut dah rasa lapar :(

(walhal time ni, dah berdoa banyak2 semoga tak berlaku sebarang kompilkasi semasa pembedahan nanti. sebenarnya saya berisiko utk tumpah darah sebab tekanan darah rendah)

bergerak masuk ke area ot...
kena plak tunggu another 1hour..
sengal pinggang dik oii.
patient kat dlm tu dah setel tetapi bleeding pulak.

doc pakar bius dtg bagitahu pasal nak suntik ubat bius tu.
majoriti kan..doc kat situ semuanya org pantai timur beb.
bila tunggu lama..doc pakar dgn nurse pakar
dtg tanya keadaan ..ok ke tak..

drip dorang dah masuk
kat tgn...adoi.sakit.

dari wad tadi kan..kena mkn ubat pil dgn jenis cecair
ubat ape ntah...lupa nak tanya.

ok doc tolak masuk ot
berdebar tau
dorang siapkan ma...
time nak suntik ubat bius..
ma nervous sangat2.
bdn jadi keras mcm robotcop

doc pakar gosok perlahan kat bahu
"puan lembutkan bdn yea..kalo tak ubt bius tak masuk kena suntik lagi sekali plak"
terus bdn lembut..hahha
doc sgt memahami keadaan semasa itu.
pastu doc spray something kat tmpt bius tu..
(rasa mcm semut gigit..semut api okay)
then baring..
dorang mula hadang dgn bidai,
so tak nampak ape2 lar..

doc test samada ubat dah masuk atau belum..
disebabkan lambat ubat masuk..
doc tambah ubat bius melalui drip water.
doc cakap cian baby..
baby dah stress tunggu lama sangat tadi.

doc pandai...dah belah..baru inform ma,
"kami dah belah yea puan..nie nak tekan perut bahagian atas supaya baby tertolak keluar"
baby besar so dorang tekan kuat skit...
terasa lar cuma tak sakit.
proses tu dlm 15 min je.
bila dah rasa something kuar
belum ada tangis baby lagi..
lepas dorang belah uri tu baru baby kuar dan terdengar lar suara baby nangis..
kuat wei.............hahahaa

nurse pakar yg sambut tu terus bawa baby utk dibersihkan.
doc pulak..mula jahit balik lapisan perut ma ,
hurm..lama tau proses jahit balik perut ma tu..
lepas tu bau hangit..
apew tu...bhgn luar dorang guna laser.
pastu doc plasterkan.

bila saat nurse bwk baby kat ma.
mcm biasa kena sahkan jantina bby tu dulu,
pastu ma kiss baby.
nurse bagi bby myusu ma sekejap ...
hahahaaaa..
terdengar nurse ckp..putihnya bby ni,
hidung mancung mcm mama dier.
ma bsyukur sgt..
atas kelahiran baby boy
dan proses operation bjalan lancar
tanpa berlakunya sebarang komplikasi.

alhamdulillah.

disorong plak ke bilik pgawasan selama 30min.
tak sejuk tapi ma mengigil.
alhamdulillah tiada komplikasi berlaku
mmg bersyukur sangat2.

bila keadaan dah stabil , baru dihantar balik ke wad..
time balik menuju ke katil..melalui bilik baby..
nampak abi tgh azankan baby kitaorg..

abi cium dahi ma..
tanya ok ke tak..
i know u risau kan bie....

siap terus tanya hp mama mana?
then col mak suruh siap2 kan anak2,
abi nak ambik mak dgn anak2 dtg hospital tgk baby..
pastu ma col opah kat kg..
yg paling best part is..trus update kat FB..
classssssss ko shima!!!

doc pesan tak boleh gerak selama 6 jam
kena baring je...
kencing thru tiub je
dorang dah pasang tiub time kat ot tadi.
subuh akan ada nurse tanggalkan tiub kencing tu.
tak sakit pon..jgn risau

selepas 2 hari baru plaster dibuka...
then spray kalis air..
boleh balik if luka czer tu ok..
YEAHHHHHHHHHHHHHHHH........
bukannya best dok lam2 kat wad tu weiii..
sepanjang dlm wad,tak mandi pon just lap bdn dgn towel basah.

total bil tu pay dekat RM150 je...
murah je......berbanding bsalin kat private.


itu lar pengalaman bersalin secara elektif czer

baby berat is 3.75kg

lepas operation..muka rasa gatal...
sgt2 gatal.
ma minta adik ma basahkan towel kecil utk lap muka.
nurse kata kesan ubt bius tu.

mlm kul 10 baru boleh mkn..
mak buatkan bubur nasi..
ada ikan goreng juga.
tapi lepas je mkn ma muntah :(
kuar semuanya......
nurse suruh minum milo panas.
baru rasa ok.
(jgn lupa stanby milo..penting)

bagi ibu yg pertama kali nak bsalin,
bwk extra wet tisu/tisu basah,
coz po po baby pd awalnya agak sukar dibersihkan!


pic baby muhammad wafii aufa

boleh tahan lasak tapi dengar kata..

ini lah anak bertuah kesayangan


note : seriously mmg takut kan..tapi takde apa lar...bersedialah dari segi fizikal dan mental..tawakal dan berdoa byk2.time nie sokongan suami dan ahli keluarga amatlah diperlukan.terima kasih abi (suami), anak2...mak,abah,adik beradik dan opah yg tak putus2 berdoa demi keselamatan ma.....tq Allah yg mempermudahkan segalanya.amin....

semasa disahkan baby songsang ,perlu bsalin secara pembedahan.. terus google internet mencari info. sebab itu lar saya ingin turut sama berkongsi dengan para ibu apa yang saya lalui. baby sonsang,kedudukan breech.kaki terlipat satu.doc kata kedudukan songsang sebegitu agak sukar utk baby berpusing ke arah yg normal. tapi akhirnya dgn izin Allah.baby dah tak songsang masa scan disaat minggu terakhir tu..tapi baby besar...hahha kena juga czer. takpe la ..janji selamat kan.takut semua ada...tapi jgn risau ikut je nasihat doc.okay

terima kasih sudi baca.
sekian

salam sayang drpd seorang ibu,
norhasimah mohd room.

Tuesday, September 6, 2011

Khasiat kurma,kismis & madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Amalan Ketika Mengandung


Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

Folic Acid and pregnancy

As a mommy to be....don't be so lazy.
u need to know...everything.
do and don't.
hurmm...so now i wanna to share about 'folic acid'


Having a healthy baby means making sure you're healthy , too. One of the most important things you can do to help prevent serious birth defects in your baby is to get enough folic acid every day — especially before conception and during early pregnancy.

What Is Folic Acid?

Folic acid, sometimes called folate, is a B vitamin (B9) found mostly in leafy green vegetables like kale and spinach, orange juice, and enriched grains. Repeated studies have shown that women who get 400 micrograms (0.4 milligrams) daily prior to conception and during early pregnancy reduce the risk that their baby will be born with a serious neural tube defect (a birth defect involving incomplete development of the brain and spinal cord) by up to 70%.

The most common neural tube defects are spina bifida (an incomplete closure of the spinal cord and spinal column), anencephaly (severe underdevelopment of the brain), and encephalocele (when brain tissue protrudes out to the skin from an abnormal opening in the skull). All of these defects occur during the first 28 days of pregnancy — usually before a woman even knows she's pregnant.
That's why it's so important for all women of childbearing age to get enough folic acid — not just those who are planning to become pregnant. Only 50% of pregnancies are planned, so any woman who could become pregnant should make sure she's getting enough folic acid.
Doctors and scientists still aren't completely sure why folic acid has such a profound effect on the prevention of neural tube defects, but they do know that this vitamin is crucial in the development of DNA. As a result, folic acid plays a large role in cell growth and development, as well as tissue formation.

Getting Enough Folic Acid

The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) recommends that all women of childbearing age — and especially those who are planning a pregnancy — consume about 400 micrograms (0.4 milligrams) of folic acid every day. Adequate folic acid intake is very important before conception and at least 3 months afterward to potentially reduce the risk of having a fetus with a neural tube defect.
So, how can you make sure you're getting enough folic acid? In 1998, the U.S. Food and Drug Administration mandated that folic acid be added to enriched grain products — so you can boost your intake by looking for breakfast cereals, breads, pastas, and rice containing 100% of the recommended daily folic acid allowance. But for most women, eating fortified foods isn't enough. To reach the recommended daily level, you'll probably need a vitamin supplement.
During pregnancy, you require more of all of the essential nutrients than you did before you became pregnant. Although prenatal vitamins shouldn't replace a well-balanced diet, taking them can give your body — and, therefore, your baby — an added boost of vitamins and minerals. Some health care providers even recommend taking a folic acid supplement in addition to your regular prenatal vitamin. Talk to your doctor about your daily folic acid intake and ask whether he or she recommends a prescription supplement, an over-the-counter brand, or both.
Also talk to your doctor if you've already had a pregnancy that was affected by a neural tube defect. He or she may recommend that you increase your daily intake of folic acid (even before getting pregnant) to lower your risk of having another occurrence.

Info : kidshealth.org

Monday, August 22, 2011

meh mengulung

pakai acuan pam..kalo yg tekan dgn jari lambat n remeh.
buat apa???
tart gulung nenas syg :)
jem nenes beli yg dah siap je
1kg jem RM7.00
rasa jem nice ..

tiap2 tahun acuan hilang..
maka tiap2 tahun juga lah beli yg baru..
acuan harga dlm RM7.90

ma buat tart nie..malam..
time tu hujan lebat,guruh lagi..
kilat memancar..
adik tak tido so dia temankan mama.
time terkejut guruh kuat berdentum ,
nasib tak penyek tart ma dlm dulang....
adik melompat kat mama..
walhal dok sebelah je.adoi...
even mama pon tekejut.




Resipi Tart Gulung Nenas

BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega /ma guna buttercup
400 gram tepung gandum
40 gram tepung kastard
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel
Kuning telur untuk disapu
note:tepung gandum & tepung kastard ayak tau :)

Cara membuatnya :-
  1. Mentega dan gula aising diputar hingga sebati. Masukkan pula kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Speed mixer diperlahankan masuk tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Setelah diratakan adunan, guna tuala dapur bersih dan dilembapkan skit dan tutup mangkuk aduanan.
  2. Doh letak dlm pam acuan utk tart.press kuar..then letak inti tadi dan gulung kemas2.letakkan dlm dulang pembakar yg digris terlebih dahulu,ataupun guna baking paper.
  3. Kuing telur disapu atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
  4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara...

Tuesday, August 9, 2011

Tiroid

Bengkak kelenjar tiroid


penyakit bengkak kelenjar tiroid

rawatan .. ok disini nak cerita lar pasal rawatan
saya pergi buat pemeriksaan di hkl
setelah beberapa kali pergi utk appointment dgn pakar
doc set tarikh utk buat sedutan dibahagian yg bengkak tu
sedutan yg mcm mana?
doc guna picagari suntikan yg besar jarum pon besar wei
scary
doc bagi masa utk bertenang
sebab awai2 dah bgtahu takut jarum
doc okay je
doc akan cucuk dan sedut
so kuar la cairan bercampur darah
dorang akan hantar lab utk cek sama ada sel cancer atau tak
alhamdulillah takde sel cancer
semua ok
cuma lepas sedutan tu mmg akan sakit la
jangan risau ..pergi jumpa doktor okay
minta Allah swt permudahkan segalanya
tq Allah
 
TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.

Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.

Tanpa iodin yang secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan oleh tubuh anda.

Pada tahun 1920, penyakit goiter semakin berkurangan selepas garam yang sedia diiodin diperkenalkan di Amerika Syarikat.

Dr. Abd. Hamid berkata, lazimnya, kelenjar tiroid anda menghasilkan dua hormon iaitu tiroksina dan triiodotironin (T3), yang beredar di dalam aliran darah dan membantu mengawal metabolisme.

"Ia mengekalkan kadar tubuh anda menggunakan lemak dan karbohidrat, membantu mengawal suhu tubuh badan, mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.

"Kelenjar tiroid turut menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium di dalam darah,'' ujar beliau sambil menambah, kelenjar pituitari dan hipotalamus mengawal kadar hormon-hormon ini dihasilkan dan dibebaskan.

Proses ini bermula apabila hipotalamus - satu kawasan di bahagian dasar otak yang berfungsi sebagai termostat untuk sistem tubuh secara keseluruhannya, memberikan isyarat kepada kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid (TSH).

Menurut Dr. Abd. Hamid, apabila seseorang mempunyai penyakit tiroid goiter, ia tidak bermakna kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secara normal.

"Walaupun apabila tiroid anda dibesarkan, ia mungkin menghasilkan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, normal ataupun melebihi paras normal.

"Pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa (diffuse goiter) atau kelenjar mungkin membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul (nodular goiter),'' katanya.

Nodul-nodul ini merupakan ketulan-ketulan yang terdapat di dalam kelenjar tiroid yang normal.

Terdapat juga punca-punca pembesaran tiroid yang terjadi bukan disebabkan oleh kekurangan iodin seperti:

* Penyakit Graves: Penyakit autoimun ini merupakan punca yang paling biasa bagi tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme).

"Dalam penyakit Graves, antibodi-antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun merangsang tiroid untuk menghasilkan tiroksina yang terlalu banyak.

"Lazimnya, sistem imun anda menggunakan antibodi-antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada virus, bakteria dan bahan-bahan asing lain yang menyerang tubuh anda,'' kata Dr. Abd. Hamid.

Tambahnya, antibodi-antibodi menyerang kelenjar tiroid secara tidak sengaja dan ada kalanya menyerang tisu-tisu di belakang mata dan kulit di bahagian bawah kaki.

Para saintis tidak pasti kenapa penyakit Graves terjadi. Tiroid yang dirangsang secara berlebihan dalam penyakit Graves akan mengakibatkan pembengkakan yang tidak mendatangkan rasa sakit di kelenjar anda.

* Penyakit Hashimoto: Penyakit ini dikenali sebagai tiroiditis limfositik yang kronik, merupakan punca biasa tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme). Penyakit Hashimoto ini juga, jelas Dr. Abd. Hamid, merupakan penyakit antiimun dan menyebabkan inflamasi yang merosakkan kebolehan tiroid untuk menghasilkan hormon.

"Kemudian, kelenjar pituitari akan cuba untuk merangsang kelenjar tiroid anda untuk menghasilkan lebih hormon tiroid yang akan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak.''

* Goiter multinodular: Dalam keadaan ini, beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak. Ia terjadi apabila hormon tiroid yang biasa, rendah atau berlebihan dihasilkan.

* Nodular tiroid yang tunggal: Terjadi apabila seketul nodul terdapat di mana-mana bahagian kelenjar tiroid anda. Kebanyakan nodular adalah bukan kanser (benigna).

* Kanser tiroid: Kanser tiroid jarang terjadi berbanding nodular tiroid benigna. Satu bahagian tiroid anda akan kelihatan membengkak.

* Mengandung: Sewaktu sedang hamil, hormon gonadotrofin korionik manusia (HCG) mengakibatkan kelenjar tiroid membesar.

* Inflamasi: Tiroditis merupakan satu keadaan di mana tiroid anda membengkak. Terdapat beberapa jenis tiroditis yang boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda membengkak.

"Kadangkala ia akan mendatangkan rasa sakit yang akan menjadi lebih perit apabila anda menelan atau meletakkan sebarang tekanan kepadanya,'' kata Dr. Abd. Hamid. Beberapa jenis tiroiditis dikaitkan dengan hipertiroidisme.

Dr. Abd. Hamid menasihatkan: "Jika anda mengalami bengkak di bahagian depan leher iaitu di bahagian atas dan di antara tulang selangka, ini menandakan kelenjar tiroid anda mungkin membengkak.

"Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada tiroid anda yang menyebabkan leher membengkak dan mengapa ia berlaku.''

Dengan memeriksa leher anda, doktor akan memastikan tahap serta kawasan di mana kelenjar anda membengkak. Dalam beberapa kes, doktor mungkin dapat berasa kehadiran nodul-nodul di leher anda.

Simptom-simptom goiter

* Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak

* Rasa perit di kerongkong

* Batuk

* Suara menjadi parau

* Sukar menelan

* Sukar bernafas

Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda lain bergantung kepada punca asas penyakit goiter berlaku.

Diagnosis

* Ujian hormon: Ujian darah boleh menentukan jumlah hormon yang dihasilkan oleh tiroid dan kelenjar pituitari. Jika tiroid tidak aktif, tahap hormon tiroid menjadi lemah.

Dalam jangka masa yang sama, tahap TSH akan ditingkatkan kerana kelenjar pituitari akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid.

Goiter sering dikaitkan dengan tiroid yang terlebih aktif yang melibatkan tahap hormon tiroid yang tinggi di dalam darah dan tahap TSH yang lebih rendah berbanding normal.

* Ujian antibodi: Beberapa punca goiter termasuklah penghasilan antibodi yang tidak normal. Ujian darah akan memastikan kehadiran antibodi di dalam tubuh anda.

* Ultrasonografi: Transducer, satu alat seakan tongkat diletakkan pada leher anda. Gelombang bunyi akan melantun melalui leher dan bahagian belakang anda, membentuk imej di skrin komputer.

Imej-imej yang dipaparkan akan mendedahkan saiz kelenjar tiroid anda dan sama ada kelenjar tersebut mengandungi nodul- nodul yang mungkin tidak dapat dikesan oleh doktor secara fizikal.

* Skan tiroid: Anda akan menerima isotop radioaktif yang disuntik pada pembuluh darah di bahagian dalam siku semasa berbaring di atas meja, dengan kepala didongakkan ke belakang manakala satu kamera khas akan memaparkan imej tiroid anda pada skrin komputer.

Rawatan

Bergantung kepada saiz pembengkakan, simptom-simptom dan punca-punca asas ia berlaku. Doktor mungkin mencadangkan anda melakukan mana-mana prosedur berikut:

* Pemerhatian: Jika goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah dan tiroid berfungsi secara normal, doktor mungkin mencadangkan anda untuk tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.

* Ubat-ubatan: Jika anda mempunyai hipotiroidisme, hormon tiroid akan digantikan dengan levotiroksina yang akan menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme dan juga pembebasan hormon perangsang tiroid daripada kelenjar pituitari anda, di mana ia sering kali mengecilkan saiz goiter.

Untuk kelenjar tiroid yang mengalami radang, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. Bagi goiter yang dikaitkan dengan hipertiroidisme, ubat bagi menormalkan tahap hormon anda diperlukan.

* Pembedahan: Satu pilihan yang boleh dilakukan jika anda mempunyai goiter yang besar dan mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan.

Atau, di dalam beberapa kes, jika anda mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid akan dibuang (tiroidektomi).

Pembedahan juga merupakan rawatan untuk kanser tiroid. Anda juga mungkin perlu mengambil levotiroksina selepas surgeri dilakukan, bergantung kepada jumlah tiroid yang dibuang.

* Iodin radioaktif: Dalam beberapa kes, iodin radioaktif digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberikan secara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid.

Rawatan ini akan mengecilkan saiz goiter tetapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak begitu aktif. Anda mungkin memerlukan penggantian hormon sintetik tiroid levotiroksina sepanjang hidup.



Thursday, July 28, 2011

dahlia ke samperit

sama je lar......dalia ataupon samperit..

dek kerana tak sabar punya pasal.

tgk apa yg Puan Shima buat ..



ni rupanya sebelum dibakar didalam oven pd suhu 175'c /15-20minit......
sory ya...mudah keje masuk je dlm piping bag besar guna nozzle.
paipkan dlm  dulang 4 segi yg besar....kira semuat oven lar...sekejap je siap....


yg nie selepas dibakar.....yup warnanya kuning.
jadi guna kerana mgunakan tepung kastard :)
sedap!!!!!!! aiyaaaa anak2 dgn abi mkn je dah berkeping2..
takpe..asal dorang suka...



taraaaaaaaaaaaa.....inilah dia...biskut samperit @ biskut dahlia..
dpt 2 balang tutup merah....nanti akan buat lagi...
biskut nie cair dimulut....wangi dek bau esen vanilla :)
nanti dtg umh yea time raya...boleh lar rasa biskut made by me.

Wednesday, July 20, 2011

almond london

hahaa....not so early ya.tadi dah beli brg utk wat almond london.......yipeeee.
abi dgn ank2 suka....so kalo beli mcm tak berbaloi.so buat je lar kan.
balang nye pon dah beli.this year ma guna yg balang tutup merah tu.
coz last year ma guna yg bulat rendah tu...susah lar yg tu.senang masuk angin.
acuan utk biskut dahlia dah beli juga...wahhaaaa...dgn ceri merahnye sekali.
dah alang2 beli je lar sekali....hikhikhik.
abi geleng kepala jer...
eleh....kalo byk bunyi nanti mama mkn sorang takmo share baru tahu :P
wahahaaaaaaaaaa....


sape yg tak ganti puasa lagi????
ganti ok.............

Saturday, January 16, 2010

Gulai Lemak Tempoyak Labu & Pucuk Ubi



Bahan-bahan
10 ekor udang segar
1 ikat daun pucuk labu, dihiris halus
3 helai daun kunyit, dihiris halus
2 batang serai, dihiris halus
1 ikat daun pucuk ubi, dihiris halus
½ inci kunyit hidup
1 labu bawang besar, dimayang nipis
1 genggam cili. Ditumbuk halus
2 sdb tempoyak
¼ inci halia
1 asam keping
½ cawan santan pekat dicampur ½ cawan air

Cara Membuat
Cili padi, halia, kunyit hidup ditumbuk halus. Masukkan kedalam periok dengan santan, udang, asam keeping.
Masukkan pucuk ubi, pucuk labu, daun kunyit, tempoyak, bawang dan serai.
Masukkan setengah cawan air dan dimasak atas api sederhana dan dikacau hingga pekat.
Tambah garam secukup rasa. Kalau tempoyak masam (lama) tambah gula 1 sudu kecil.
Apabila sebati dan pekat angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

**** My daughter's favorite food..

10 tips raising a confident girl

1. Encourage assertiveness.
2. Be specific in your compliments.
3. Make your praise match reality.
4. Help her understand why she sometimes gets left out.
5. Encourage competence.
6. Encourage her to play sports if she wants to.
7. Don't make assumptions about her strengths and weaknesses.
8. Encourage a healthy body image.
9. Prepare her for sexism.
10. Point out positive female role models.
http://mabellalisha.blogspot.com/

Girls usually start off life at full steam. They're the early talkers, the social butterflies, the A students. But somewhere between preschool and middle school, a confusing blend of new social pressures, greater expectations in the classroom, and mixed signals from society (“Do your best – but don’t draw too much attention to yourself,” “You can be anything you want to be – but looking pretty is your top priority”) can cause girls to fall behind academically or lose their spark.

"Anak-anak dilahirkan dlm keadaan fitrah.Maka ibu bapanyalah yg menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani." (Hadis Riwayat Bukhari)